Artikel Dari Akhbar & Majalah

FORMULASI JAMU MAK DARA
Mungkin sudah ada wanita Malaysia hari ini yang berkiblatkan Barat dalam soal penjagaan kesihatan dan kecantikan.Namun, kembali kealam semula jadi merupakan satu prinsip tetap di minati wanita Malaysia sekarang dalam memelihara keanggunan mereka.

Menyokong usaha murni itu ialah pengusaha Jamu Mak Dara , Halimah Shuib , 62 tahun, yang turut mengamalkan pemakanan jamu sejak berusia 15 tahun.Beliau mewarisi resepi dan petua jamu yang di perturunkan daripada ibu nya, Mak Dara, yang pernah mencipta nama di Rengit Johor. Langkah nya yang elegan dan gaya nya yang anggun di lihat sebagai masih mampu merampas gelaran Ratu Kebaya jika ia masih di pertandingkan seperti yang pernah di juarai nya suatu ketika masa dahulu.

Bukan sekadar segak pada fizikalnya, Halimah Shuib masih gagah berbanding wanita-wanita lain yang seusia nya.Halimah yang tidak pernah berhenti daripada rutin "senaman dalaman wanita" kini giat mengusahakan katering.Beliau juga mengadakan bengkel kecantikan luaran dan dalaman selain perusahaan jamu nya yang terus mendapat sambutan ramai.

Jamu yang di perbuat daripada bahan-bahan asli seperti tumbuh-tumbuhan , daun-daun , akar kayu,buah-buahan dan bunga-bungan yang mempunya khasiat tersendiri itu di percayai dapat merawat kesihatan dan dan kecantikan tubuh badan. "Utamakan cara tradisional untuk menjaga kesihatan tubuh,luar dan dalam.Semua aspek perlu di jaga sama ada dari segi pemakanan , senaman dan pantang larangg.," pesan Halimah yang telah 47 tahun mengamalkan penjagaan kesihatan secara tradisional itu.

Keberkesanan jamu sebenar nya bergantung kepada individu yang mengamalkan nya. Jika sekadar mengambul jamu tetapi tidak akur kepada pantang larang atau nasihat yang berkaitan,usaha itu hanya sia-sia. "Mengambil jamu perlu di amalkan secara berpanjangan. Bermula dari anak dara sehinggalah melangkah ke gerbang perkahwinan dan seterus nya memasuki alam keluarga.

Lelaki juga digalakkan mengamalkan nyag bagi memantap kan kesihatan tubuh," tambah Halimah ketika di temui di rumahnya. Halimah menegaskan bahawa penjagaan kesihatan tubuh sebegini bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi sebalik nya dapat memelihara hubungan suami isteri agar berkekalan. Produk jamu Halimah Shuib yang di sediakan berasaskan bahan tradisional itu telah sampai ke Johor, Pahang, Singapura & Brunei.Ia terdiri daripada tiga produk utama :- Jamu Sunti , Jamu Mak Dara dan Jamu Pria.

Jamu Mak Dara di katakana dapat membuat tubuh terasa ringan , menyingkirkan lemak , menghilangkan kegatalan, mengurang kan kesan keputihan , merawat keadaaan yang terlalu kering atau terlalu basah pada alat sulit. Ia juga di katakan boleh mengubati senggugut,membantu masalah sakit sendi atau sakit lutut , sesuai di gunakan untuk waktu berpantangan selepas bersalin dan berupaya merapatkan faraj wanita.

"Mungkin ramai yang tidak menyukai bentuk serbuk kerana mereka akan dapat mengesan rasa pahit atau payau akar kayu.Namun pengambilan jamu ini untuk satu minggu sahaja sudah menampakkan kesan positif.Lagipun,bentuk kapsul mengambil masa yang lebih lama untuk diproses dan kami mahu mengekalkan tradisi lama," terang Halimah yang mempunyai 4 orang anak berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Jamu yang mendapat perhatian beberapa artis terkenal sperti Nanu Baharuddin, Aleeza Kassin dan ramai lagi itu akan menunjukkan kesan awal seperti mudah lawas dan dapat membuang angin dari dalam badan. Jamu Sunti bula di katakan mengkhusus kepada system haid tidak teratur.Selain itu , jamu untuk remaja perempuan itu juga dapat membantu membuang lemak, meringankan badan, menjadikan badan terasa segar dan membuang angin dari dalam badan dan melawaskan.

Jamu Pria yang di rumus khas utuk lelaki pula dapat membuatkan tubuh terasa lebih ringan dan segar di samping dapat membuang toksin ,lemak dan angin dari dalam badan. Melalui amalam jamu itu pengguna lelaki dapat membina kekuatan pinggang terutama nya mereka yang sudah berkahwin dan berupaya membekalkan tenaga sepanjang hari.

Selain tiga produk utama berkenaaan , Halimah juga menyediakan rempah mandi yang berasaskan beras dan bungan ros dan dapat berfungsi menghilangkan bau badan , membuang daki dan menghaluskan kulit,Di samping itu,Halimah turut mengusahakan Tepung Kek Coklat Halimah, hamper hadiah yang di balut menarik dan buku resepi masakan tradisi Johor yang sudah sekian lama berada di pasaran.


PETIKAN – Kosmo Jumaat 19 November 2005
Oleh Fatimi Nadiah Zainudeen

No comments: